Halaman

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam....

Rabu, 27 April 2011

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam....

Sufyan Atsauri berkata : "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah :

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh  seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi makanannya itu.

Ahad, 24 April 2011

Kelebihan Menghubungkan Silaturrahim...

1. Mendapat keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan tali silaturrahim.
2. Menggembirakan para malaikat kerana mereka juga amat suka kepada orang yang menghubungkan tali
   silaturrahim.
3. Dapat menambahkan pahala amal kita setelah kita meninggal kelak.
4. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
5. Menambah keberkatan pada rezeki kita.
6. Allah akan melanjutkan usia kita.
7. Menjadikan iblis bertambah gelisah dan sakit hatinya.
8. Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekeliling kita.
9. Dapat menggembirakan roh ibu bapa yang berada di alam barzakh apabila kita sebagai anak terus menjalin silaturrahim dengan kenalan rapat mereka sewaktu hidup dahulu.
10. Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua-dua belah pihak. Tiada amalan yang lebih afdal melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.

Pengikut

Pokok

Pokok

Mengenai Saya

Foto saya
Saya seorang Guru yang sudah berpengalaman mengajar 13 tahun.